Ucapan alu-aluan Pengetua, Pn.Hjh Nik Hazimah bt W.Ab.Rahman sempena Majlis Pelancaran Buku 3P SMKK dan Laman Web Sekolah di Hotel River View, Kota Bharu pada 22 Feb 2007.


 

Bismillahirrahmanirrahim

 

Terima kasih yang dimuliakan pengerusi majlis. Ybrs.Tuan Hj.Adnan bin Mohd Noor, Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN, selaku wakil Ketua Pengarah JPN Kelantan, YB Tn.Hj.Fauzi b Mohammad, ADUN Tendong, Ybrs. Tn.Hj.Shafei bin Hussein, Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Mas-Tumpat, Yang Dihormati En.Aimi b Jusoh, YDP PIBG sekolah SMK Kangkong, Para Penolong Kanan, Para Ketua Bidang, Kauselor, para guru dan staf sokongan yang dikasihi sekelian.

 

Assalamuailaikum warah matullahi wabarakatuh.

 

Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ybrs.Tn.Hj Adnan bin Mohd Noor, Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN mewakili Ketua Pengarah Pelajaran Kelantan kerana telah sudi hadir dalam meresmikan Majlis Pelancaran Buku 3P SMKK dan Laman Web sekolah SMK Kangkong. Kehadiran Ybrs. Tn.Hj. cukup bermakna buat seluruh warga SMK Kangkong.

 

Juga ucapan terima kasih kepada YB Tn.Hj Fauzi, Ybrs.Tn.Hj Shafei dan YDP PIBG  dan lain-lain tetamu jemputan yang telah sudi meluangkan masa dengan kita dalam majlis keramat kita hari ini.

 

Tidak dilupakan juga kepada semua guru dan staf sekolah yang hadir selepas bertungkus lumus menyiapkan buku 3P kita semenjak tahun lepas lagi.

 

Para hadirin dan hadiratyang dihormati sekelian,

 

Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi telah memperkenalkan rangka kerja pelaksanaan baru, iaitu Misi Nasional bagi mencapai wawasan dan matlamat Negara sebagai sebuah Negara yang maju dan teguh, bersatu dan kekal utuh walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam jangka masa 15 tahun akan datang.

 

Terdapat 5 teras Misi nasional. Teras pertama, meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai  lebih tinggi. Teras kedua, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk ‘Minda Kelas Pertama. Manakala, Teras ketiga ialah menangi masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Seterusnya, Teras Keempat ialah meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup. Akhir sekali, Teras Kelima, mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

 

Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan kelima-lima teras Misi Nasional berkenaan. Dua daripada lima teras tersebut; iaitu teras Kedua dan Teras ketiga menyatakan peranan pendidikan secara langsung.

Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian,

 

Aset yang paling berharga bagi sesebuah Negara adalah warganya. Modal insane inilah yang merupakan asset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Dan kita para guru, sebagai pendidik dengan dibantu oleh staf sokongan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insane ini supaya mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan Negara maju 2020. Modal insane yang hendak dihasilkan ini perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah.

 

Tugas kita ialah untuk menyediakan generasi anak didik kita dengan seluas-luas peluang bagi memperkembangkan potensi diri, melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk cirri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi Negara di mata dunia, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

Ingatlah, setiap tugas adalah tanggungjawab. Setiap tanggungjawab adalah amanah

Dan setiap amanah akan disoal oleh Allah SWT di akhirat nanti.

 

Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian,

 

Untuk menyempurnakan amanah ini, kita perlu ada satu hala tuju yang jelas serta satu perancangan yang strategic. Menyedari hakikat inilah, maka pihak pengurusan mula mendedahkan tentang pentingnya kita membuat perancangan strategic dalam pengurusan pendidikan pada tahun 2005 lagi. Selepas kita semua, para guru dan staf sokongan berhempas pulas hampir setahun dan akhirnya alhamdulillah di penghujung tahun 2006, kita telah berjaya menghasilkan sebuah buku perancangan strategic dalam pengurusan pendidikan di peringkat sekolah kita.

 

Buku Perancangan Lima tahun Pembangunan Pendidikan 2006-2010 menyatakan dengan jelas mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong (3PSMKK).

 

Buku ini disusun secara terperinci dan sistematik berdasarkan kepada 5 TERAS STRATEGIK. Teras pertama, Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah. Teras strategic yang kedua ialah Pengurusan Pembangunan Akademik. Manakala teras yang ketiga ialah Pengurusan Pembangunan Ko-Kurikulum dengan diikuti oleh teras yang keempat iaitu Pengurusan Pembangunan Insan. Akhir sekali, teras strategic yang kelima ialah Pengurusan Pembangunan 3K(Pembangunan Budaya dan Iklim Sekolah).

 

Buku ini kita hasilkan bersama dengan satu tujuan iaitu untuk memberi panduan kepada kita tentang visi, misi dan hala tuju yang perlu dipatuhi dalam tempoh lima tahun ke hadapan secara jelas dan berfokus.

 

Pada awal tahun 2007, alhamdulillah, kita telah berjaya menempa satu sejarah lagi; iaitu guru kita telah berjaya membina laman web sekolah. Ini bererti kita telah maju setapak lagi dalam mempastikan agenda kerajaan dalam pembestarian sekolah yang berkesan. Adalah diharapkan dengan wujudnya laman web ini akan menjadi sumber inspirasi

Kepada sekolah-sekolah di luar Bandar yang lain untuk bersama-sama dalam arus pendidikan perdana ini.

 

Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ybrs Tn.Hj.Adnan Mohd Noor dan semua dif jemputan di atas kesudian tuan-tuan untuk menjayakan majlis ini. Juga tidak lupa kepada semua warga SMK kangkong yang telah bekerja keras sama ada secara langsung atau secara tidak langsung untuk menjayakan majlis ini.

 

Sebagai penutup, saya ingin memetik kata-kata pak lah semasa melancarkan pelan Induk Pembangunan Pendidikan pada 16 januari di Putrajaya. Di antaranya beliau menyatakan

bahawa:-

 

v     Satu penanda aras baru perlu dicapai oleh guru supaya mencapai tahap kecekapan dan profesionalisma yang dikehendaki bagi melahirkan pelajar yang cemerlang, bukan sahaja celik huruf tetapi juga celik minda

v     Apa gunanya kita mempunyai kemudahan yang canggih tetapi rakyat kita tidak mampu menggunakannya kerana mereka tidak celik minda dan tidak mempunyai pengetahuan

v     Ia umpama sebuah Negara yang subur dan mempunyai banyak hasil bumi seperti emas, perak dan batu permata tetapi semua itu akan menjadi sia-sia sekiranya tenaga manusianya tidak berkualiti, tidak berpengetahuan dan tidak mampu menguasai teknologi

v     Negara perlu melahirkan lebih ramai ulul-albab(pemikir) yang bersyukur kerana merekalah golongan yang mampu melaksanakan amanah bagi membawa kebaikan kepada Negara juga kebaikan di akhirat.

 

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.

 

Ucapan pengetua SMK Kangkong

Sempena Majlis Pelancaran Buku 3PSMKK

Di Hotel Grand River View

Jam 3.00 petang (Hari Khamis)

22 Feb 2007


 
 

Lain-lain Ucapan:

-Ucapan Pada Sempena Perayaan Sambutan Kemerdekaan kali ke-50 Peringkat Sekolah

-Ucapan Pada Majlis Mesyuarat PIBG 2007

UNIT-UNIT UTAMA

>Unit Pengurusan Akademik

>Unit Hal-Ehwal Murid(HEM)

>Unit Ko-Kurikulum

>Unit Kaunseling Pelajar

KEMUDAHAN SEKOLAH

>Makmal Komputer

>Pusat Akses Sekolah

>Pusat Sumber Sekolah

>Koperasi Sekolah

SUDUT BULETIN

>Buletin Guru

>Buletin Pelajar


© 2008 Copyright of Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. All Rights Reserved.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KANGKONG 17000, PASIR MAS, KELANTAN
TEL: 09-7942330    FAX :09-7941149

Resolusi paparan terbaik untuk laman web kami adalah 1024 x 768. Emel kami untuk sebarang maklum balas.


>Buletin PMR

>Buletin SPM

>Buletin STPM

>Buletin PIBG

>Buletin Kelab Guru

KOLEKSI UCAPAN PENGETUA

>Pada Majlis Pelancaran Buku 3PK di Hotel Grand River View,Kota Bharu pada 21 Feb 2006

>Lain-lain ucapan...

 

 

 

 

>Profil Guru

>Profil Staf Sokongan

>Profil Pelajar 2008

>Profil Guru Pelatih 2008

HALA TUJU SMK KANGKONG

ANALISA KEPUTUSAN STPM 2007

ANALISA KEPUTUSAN SPM 2007

Laman Utama / Pengurusan / Landskap sekolah/Forum / Hubungi Kami