Ucapan Pengetua

Dalam Majlis Perjumpaan Ibubapa Pelajar Bermasalah

Pada 6 jan 2008

Di Dewan Kenchana SMK Kangkong

 

Bismillahirrahmanirrahim.

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

 

Para ibubapa sekelian,

Di sini saya ingin membuka bicara saya dengan menceritakan kisah dan pengalaman PPD Pasir-Mas/Tumpat ketika terpilih sebagai PPD cemerlang dan telah diberi kesempatan melawat sebuah sekolah di Australia yang berusia lebih 100 tahun.

 

Para pelajar sekolah tersebut memakai uniform. Namun, kekemasan diri di luar dan ketika berada di dalam bilik darjah tidak ditekankan sangat oleh pihak pengurusan sekolah. Begitu juga dengan penutupan aurat pelajar, pun bukan perkara utama bagi pihak pengurusan. Sekolah juga tidak berpagar.

 

Apa yang diutamakan oleh pihak sekolah ialah kecemerlangan akademik para pelajarnya. Oleh kerana itu, sekolah tersebut telah berjaya muncul sebagai  sebuah sekolah yang paling cemerlang di Australia selama 40 tahun berturut-turut.

 

Walaupun begitu, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Pihak sekolah di Malaysia memikul mandat Kerajaan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana matlamat terakhirnya ialah menghasilkan manusia yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi juga seorang manusia yang berakhlak mulia dan sejahtera serta berguna kepada keluarga, negara, bangsa dan agama. Kita bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik tetapi juga menekankan "kemenjadian" manusia. Justeru itu, kita terpaksa mengadakan pelbagai peraturan bagi tujuan mengawal dan mendisiplin serta mendidik para pelajar ke jalan yang benar dan diredhai oleh ALLAH (s.w.t.)

 

Untuk menjawab soalan mengapa pihak sekolah bersusah payah mengambil peduli terhadap pelajar yang tidak hadir sekolah dan yang melakukan pelbagai kesalahan disiplin, kita mempunyai beberapa alasan utama.

 

Alasan yang pertama, kita sama-sama bertanggungjawab mendidik. Para Ibubapa memikul amanah ALLAH(s.w.t). Para guru memikul amanah yang diberi oleh DYMM Yang Dipertuan Agong dan diberi gaji untuk mengajar dan mendidik. Manakala amanah yang dipikul oleh pelajar ialah BELAJAR. Kita semua akan disoal bila kita mati nanti mengenai amanah yang telah diberikan kepada kita.

 

Alasan yang kedua, untuk membuat perakuan terhadap kelakuan pelajar dalam Sijil Berhenti Sekolah samada "cemerlang", "baik", "memuaskan", "tidak memuaskan" ataupun "amat tidak memuaskan". Perakuan mestilah selari dengan kehadiran dan penglibatan pelajar dalam aktiviti atau program sekolah.(sila rujuk salinan Sijil Berhenti Sekolah)

 

Alasan yang ketiga, perakuan "memuaskan" sudah cukup untuk menjadikan sijil tersebut tidak berharga!

 

Alasan yang ke empat, hanya pengakuan "cemerlang" atau "baik"sahaja yang akan diterima oleh majikan swasta ataupun oleh majikan kerajaan.

 

Mulai tahun ini(2008) kita akan memperkenalkan Sistem Merit Pelajar. Markah akan diberi kepada para pelajar mengikut kehadiran mereka di dalam semua aktiviti di dalam atau di luar bilik darjah.Markah juga diberi kepada para pelajar yang tidak melakukan perlanggaran disiplin.

 

Kali ini pihak sekolah ingin memberi peluang terakhir kepada para pelajar untuk memperbaiki diri masing-masing. para pelajar diberi tempoh sebulan sebagai percubaan.

 

Selepas ini para pelajar akan membuat Surat Perjanjian dengan badan Disiplin dan para ibubapa pula perlu membuat "Akujanji" sebagai jaminan untuk menjaga anak masing-masing agar meninggalkan tabiat buruk mereka.

 

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warah matullah.

UNIT-UNIT UTAMA

>Unit Pengurusan Akademik

>Unit Hal-Ehwal Murid(HEM)

>Unit Ko-Kurikulum

>Unit Kaunseling Pelajar

KEMUDAHAN SEKOLAH

>Makmal Komputer

>Pusat Akses Sekolah

>Pusat Sumber Sekolah

>Koperasi Sekolah

SUDUT BULETIN

>Buletin Guru

>Buletin Pelajar


© 2008 Copyright of Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. All Rights Reserved.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KANGKONG 17000, PASIR MAS, KELANTAN
TEL: 09-7942330    FAX :09-7941149

Resolusi paparan terbaik untuk laman web kami adalah 1024 x 768. Emel kami untuk sebarang maklum balas.


>Buletin PMR

>Buletin SPM

>Buletin STPM

>Buletin PIBG

>Buletin Kelab Guru

KOLEKSI UCAPAN PENGETUA

>Pada Majlis Pelancaran Buku 3PK di Hotel Grand River View,Kota Bharu pada 21 Feb 2006

>Lain-lain ucapan...

 

 

 

 

>Profil Guru

>Profil Staf Sokongan

>Profil Pelajar 2008

>Profil Guru Pelatih 2008

HALA TUJU SMK KANGKONG

ANALISA KEPUTUSAN STPM 2007

ANALISA KEPUTUSAN SPM 2007

Laman Utama / Pengurusan / Landskap sekolah/Forum / Hubungi Kami