INTISARI UCAPAN PENGETUA , PN.HJH NIK HAZIMAH BT WAN A.RAHMAN, SEMPENA MAJLIS MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA KALI KE-50 PERINGKAT SMK KANGKONG PADA HARI KHAMIS 30 OGOS 2007:

 

Bismillahi rahmanirrahim

Yang dimuliakan pengerusi majlis, Yang Berbahagia YDP PIBG SMKK, En.Aimi b Jusoh, Dif Jemputan Khas kita, Tn.Hj Hassan Mohammad, bekas pengetua SMK Kangkong, PKP,PKHEM, PKKO, Penyelia Petang, Guru-guru Kanan, Kaunselor Sekolah,guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekelian.

Assalamualaikum warah matullahi wabaroka tuh 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Iiahi kerana besok, tanggal 31 Ogos 2007, maka genaplah 50 tahun negara kita Malaysia merdeka selepas dijajah selama 400 tahun. 

Dalam riuh-rendah, hiruk-pikuk kegembiraan kita menyambut hari ulang tahun kemerdekaan; sedarkah kita, para roh nenek moyang kita, para roh pejuang kemerdekaan tanah air kita sedang merintih dan menangis melihat kita…mereka merintih… 

“ke manakah perginya pemuda harapan bangsa?..kemanakah perginya pemudi tiang negara?”.. 

Para pemimpin negara telah berjaya membawa negara ke arah kemajuan dan kemakmuran sehingga tersohor di persada antarabangsa; tetapi..mengapakah ramai generasi muda berada di pusat serenti? Mengapakah pelajar lelaki semakin pupus di pusat pengajian tinggi? Mengapakah ramai remaja perempuan yang membuang bayi? 

Dan mereka menangis bila mendapati semakin ramai Orang Melayu yang membuang agama Islam dan keluar dari menjadi penganut Agama Islam? 

Mereka akan berkata:” kami telah bersusah payah membuat Perlembagaan Negara, kami juga telah memaktubkan dalam perlembagaan bahawa Orang Melayu ialah orang yang menganut Agama Islam… 

Tetapi, mengapakah kamu membuang agama kamu? Hinakah nama Melayu itu sehingga kamu sanggup menukar agama kamu agar nama Melayu itu hilang dari diri kamu? 

Tahukah kamu jika kamu keluar dari Agama islam bererti kamu telah membuang bangsa kamu; iaitu Bangsa Melayu!...Dan roh mereka akan pergi dengan rasa yang amat marah…”sesungguhnya celaka kamu..kamu tidak layak tinggal di tanah air tercinta ini!... 

Para pelajar yang dikasihi sekelian, 

Kita sekarang sedang dilanda bentuk penjajahan baru; iaitu penjajahan minda. Minda atau pemikiran  kita sedang diserang dari segenap penjuru. Mereka menyerang kita dengan menggunakan media massa dan alat komunikasi canggih. Minda kita telah dibuai dengan keseronokan berpoya-poya, ditanam dengan prinsip gaya hidup bebas, pergaulan bebas, seks bebas dan pelbagai gejala negetif lagi. Kita menjadi leka dengan kehidupan dunia. Kita mula meninggalkan Al-Quran dan Al-hadis. 

Apa yang dirintih dan ditangisi oleh roh nenek moyang kita dan roh para pejuang kemerdekaan tanah air kita tadi adalah merupakan impak dari penjajahan minda. Jadi fikir-fikirkanlah… 

Para pelajar yang dikasihi sekelian, 

Saya ingin meminjam kata-kata amaran Tuan Pengarah JPN, Tn.Hj.Ismail bin Md Noor dalam ucap utama beliau semasa majlis pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 di PSPN pada 29 Ogos 2007:- 

“Negara kita akan menjadi KAKU bila modal insannya beku. Negara akan menjadi KECUNDANG apabila modal insannya TIDAK KERUAN. Negara akan menjadi PUNAH bila modal insannya lemah dan negara akan RUNTUH apabila modal insannya TIDAK KUKUH!

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warah matullahi wabaroka tuh.

UNIT-UNIT UTAMA

>Unit Pengurusan Akademik

>Unit Hal-Ehwal Murid(HEM)

>Unit Ko-Kurikulum

>Unit Kaunseling Pelajar

KEMUDAHAN SEKOLAH

>Makmal Komputer

>Pusat Akses Sekolah

>Pusat Sumber Sekolah

>Koperasi Sekolah

SUDUT BULETIN

>Buletin Guru

>Buletin Pelajar


© 2008 Copyright of Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. All Rights Reserved.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KANGKONG 17000, PASIR MAS, KELANTAN
TEL: 09-7942330    FAX :09-7941149

Resolusi paparan terbaik untuk laman web kami adalah 1024 x 768. Emel kami untuk sebarang maklum balas.


>Buletin PMR

>Buletin SPM

>Buletin STPM

>Buletin PIBG

>Buletin Kelab Guru

KOLEKSI UCAPAN PENGETUA

>Pada Majlis Pelancaran Buku 3PK di Hotel Grand River View,Kota Bharu pada 21 Feb 2006

>Lain-lain ucapan...

 

 

 

 

>Profil Guru

>Profil Staf Sokongan

>Profil Pelajar 2008

>Profil Guru Pelatih 2008

HALA TUJU SMK KANGKONG

ANALISA KEPUTUSAN STPM 2007

ANALISA KEPUTUSAN SPM 2007

Laman Utama / Pengurusan / Landskap sekolah/Forum / Hubungi Kami