SEJARAH DAN LOKASI

SMK Kangkong, terletak lebih kurang 8km daripada bandar Pasir Mas dan sekitar 22km dari bandar Tanah Merah. Sekolah ini mempunyai bilangan pelajar sekitar 1100 orang bermula tingkatan 1 hingga 6 atas sastera. ..RUJUK LAKARAN PETA...

Walaupun bukan dalam kategori sekolah bandar, namun sekolah ini ada keunikan dan kelebihannya yang tersendiri. Cerita selanjutnya....

SENARAI BEKAS PENGETUA

Sejak penubuhannya pada 1965, smk kangkong telah diterajui oleh seramai 13 orang pengetua bermula dengan Tuan Hj. Wan Yusof b Wan Salleh sehinggalah kepada pengetua sekarang Puan Hjh Nik Hazimah bt W.Ab Rahman. Senarai penuh bekas pengetua.....

BLOK BANGUNAN

SMK kangkong terdiri daripada 12 blok utama seperti Blok Khawarizmi, Al-Jahiz, Umar Khayyam, Batutah, makmal komputer, al-razi, Mas'udi, dan 2 blok utama adalah Blok Al-Ghazali dan Blok Al-Farabi. Blok Al-Ghazali menempatkan pejabat utama sekolah termasuk pejabat pengetua, bilik guru,Pusat Sumber dan Bilik Wawasan. Manakala di blok Al-farabi, di sini terletaknya Pusat Akses Sekolah dan Makmal MPV yang akan dibuka tidak berapa lama lagi ...butiran lanjut..

BENDERA SEKOLAH DAN LENCANA SEKOLAH

Bendera sekolah SMKK ber latar belakang berwarna kuning, dua rangkai biji padi, warna hijau tentera pada latar lencana...warna kuning melambangkan kecemerlangan dan kejayaan sekolah dalam melahirkan pelajar yang berjaya dalam kesemua bidang akademik dan ko-kurikulum.

WARNA BIRU, melambangkan semangat kerjasama dan perpaduan yang erta di antara guru dan murid, murid dengan murid, guru dan pentadbir serta kakitangan serta PIBG dalam melahirkan sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

WARNA PUTIHmelambangkan keperibadian warga sekolah yang luhur dan murni.

WARNA BUNGA PADI– motif bunga padi melingkungi lencana pula melambangkan harapan ibubapa terhadap pihak sekolah dan guru bagi mendidik dan mencurahkan ilmu sebaik mungkin kepada anak-anak mereka. Padi adalah lambang makanan asasi yang amat diperlukan. Begitu juga dengan ilmu yang akan menjadi bekalan asasi yang amat berguna kepada anak-anak mereka.

LENCANAberada di tengah-tengah bendera, melambangkan kesediaan pihak sekolah bagi membantu dan memberikan yang terbaik kepada para pelajar, ibubapa dan masyarakat.

  Dicipta oleh: Engku Arif bin Engku Harun (Pelajar 6A Tahun 2005)                                 

  Guru Penasihat: En.Zain Azmi Zainal Abidin

  30 Ogos 2005

 

 

UNIT-UNIT UTAMA

>Unit Pengurusan Akademik

>Unit Hal-Ehwal Murid(HEM)

>Unit Ko-Kurikulum

>Unit Kaunseling Pelajar

KEMUDAHAN SEKOLAH

>Makmal Komputer

>Pusat Akses Sekolah

>Pusat Sumber Sekolah

>Koperasi Sekolah

SUDUT BULETIN

>Buletin Guru

>Buletin Pelajar


© 2008 Copyright of Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. All Rights Reserved.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KANGKONG 17000, PASIR MAS, KELANTAN
TEL: 09-7942330    FAX :09-7941149

Resolusi paparan terbaik untuk laman web kami adalah 1024 x 768. Emel kami untuk sebarang maklum balas.


>Buletin PMR

>Buletin SPM

>Buletin STPM

>Buletin PIBG

>Buletin Kelab Guru

KOLEKSI UCAPAN PENGETUA

>Pada Majlis Pelancaran Buku 3PK di Hotel Grand River View,Kota Bharu pada 21 Feb 2006

>Lain-lain ucapan...

 

 

 

 

>Profil Guru

>Profil Staf Sokongan

>Profil Pelajar 2008

>Profil Guru Pelatih 2008

HALA TUJU SMK KANGKONG

ANALISA KEPUTUSAN STPM 2007

ANALISA KEPUTUSAN SPM 2007

Laman Utama / Pengurusan / Landskap sekolah/Forum / Hubungi Kami