KATA ALU-ALUAN PENGETUA.

Assalamu’alaikum warahmatullahi Wabarakatuh.
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

Saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kita dapat merangka satu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong ( 2006 – 2010 ) berdasarkan enam teras yang terdapat di dalam PIPP peringkat kebangsaan. Saya berharap apa yang dirancangkan dalam pelan induk sekolah ini akan dihayati oleh semua warga SMK Kangkong kerana ia merupakan prasyarat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam semua bidang.

Sebagai Pengetua, saya sangat berharap penglibatan yang padu daripada semua peringkat warga sekolah ini demi mencapai matlamat pembestarian pendidikan dan melonjakkan nama SMK Kangkong sebagai sebuah sekolah yang terbilang pada tahun 2010. Saya juga berharap pelan induk ini menjadi rujukan guru dari semasa ke semasa apabila merancang, melaksana dan menilai sesuatu hasil kerja berhubung dengan bidang tugas masing-masing.

Melalui pelan induk ini juga kita berharap dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan mempunyai gaya hidup yang sejahtera dan mampu memberikan sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu pelan pendidikan yang kita laksanakan hendaklah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan pelan induk ini. Semoga hidup kita diberkati Allah S.W. T jua.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


PN.HJH.NIK HAZIMAH BINTI W AB. RAHMAN.
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong
17040 Pasir Mas, Kelantan.


 
 
PENDAHULUAN:

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) 2006 – 2010. Pelan Induk ini mempunyai enam teras strategik yang akan direalisasikan dalam RMK ke-9 dengan tema “Merintis Pembaharuan, Satu Misi Nasional”. Pelan pendidikan ini penting untuk menghadapi masa depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi, sistematik dan holistic. Pelan ini juga untuk menghasilkan modal insan berminda kelas pertama kearah mencapai Wawasan 2020.
Pihak sekolah kita juga dikehendaki merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010, berdasarkan fokus-fokus tertentu yang digariskan dalam Pelan Induk Kementerian Pelajaran Malaysia. Satu jawatankuasa induk dan juga jawatankuasa-jawatankuasa kecil telah ditubuhkan untuk merangka pelan pada peringkat sekolah ini.


TERAS UTAMA PIPP (SMK Kangkong)

1. Membina Negara Bangsa.
2. Membangunkan Modal Insan.
3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan.
4. Merapatkan Jurang Pendidikan.
5. Memartabatkan Profesion Keguruan.
6. Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.
 

AHLI JAWATANKUASA INDUK PIPP SMK KANGKONG
Pengerusi : Pn. Hjh. Nik Hazimah bt Wan Ab Rahman. (Pengetua)

Tim. Pengerusi : Tn. Hj. Mohd Shukri b Daud. (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi : 1. Pn. Hjh. Norhayati bt Zakaria (Penolong Kanan HEM)
                         2. En. Muhammad Zulkifli b. Bakar (Penolong Kanan Kokurikulum)
                         3. Pn. Azizah bt Harun. (Penyelia Petang)

Setiausaha : En. Che Hassan b Hamid.
Penolong S/U 1. En. Wee Hock Teng.
                     2. En. Zulkifli b Hassan.
                     3. Tn. Hj. Kamal b Ghani.
                     4. En. Muhammad Hafiz b Hassan.

AJK :                                                                                                 Barisan AJK mengikut TERAS:

Tn. Hj. Marzuki b Mamat. ( Ketua Bidang Bahasa )                                                       
Tn. Hj. Ab. Rahman Che Wil. ( Ketua Bidang Sains Matematik )                AJK Teras 1            AJK Teras 4
Pn. Hjh. Mazenah Zakaria. ( Ketua Bidang Sains Sosial )                         AJK  Teras 2            AJK Teras 5
Pn. Sarepah bt Daud. ( Ketua Bidang Teknik & Vokasional )                     AJK  Teras 3            AJK Teras 6
En. Nor Alam b Majid. ( Kaunselor Pelajar )                                        

 

UNIT-UNIT UTAMA

>Unit Pengurusan Akademik

>Unit Hal-Ehwal Murid(HEM)

>Unit Ko-Kurikulum

>Unit Kaunseling Pelajar

KEMUDAHAN SEKOLAH

>Makmal Komputer

>Pusat Akses Sekolah

>Pusat Sumber Sekolah

>Koperasi Sekolah

SUDUT BULETIN

>Buletin Guru

>Buletin Pelajar


© 2008 Copyright of Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. All Rights Reserved.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KANGKONG 17000, PASIR MAS, KELANTAN
TEL: 09-7942330    FAX :09-7941149

Resolusi paparan terbaik untuk laman web kami adalah 1024 x 768. Emel kami untuk sebarang maklum balas.


>Buletin PMR

>Buletin SPM

>Buletin STPM

>Buletin PIBG

>Buletin Kelab Guru

KOLEKSI UCAPAN PENGETUA

>Pada Majlis Pelancaran Buku 3PK di Hotel Grand River View,Kota Bharu pada 21 Feb 2006

>Lain-lain ucapan...

 

 

 

 

>Profil Guru

>Profil Staf Sokongan

>Profil Pelajar 2008

>Profil Guru Pelatih 2008

HALA TUJU SMK KANGKONG

ANALISA KEPUTUSAN STPM 2007

ANALISA KEPUTUSAN SPM 2007

Laman Utama / Pengurusan / Landskap sekolah/Forum / Hubungi Kami