MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
DALAM KEJOHANAN MSSK DI MAKTAB SULTAN ISMAIL
PADA 25 HINGGA 27 MAC 2008
Seramai 6 orang pelajar kita telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut bagi mewakili PPD Pasir Mas. Hasilnya ialah 3 orang pelajar kita akan mewakili Kelantan dalam Kejohanan MSSM yang akan diadakan di Selangor pada 21 hingga 25 April nanti. Pelajar-pelajar tersebut adalah:
Mohd Fahmi Syazwan bin Abdullah (Tingkatan 3 Cemerlang). Pelajar ini telah berjaya menggondol 2 pingat emas dan 1 gangsa dalam kejohanan MSSK yang lalu. Pingat emas diperolehi dalam acara 5000m dan 1500m jalan kaki. Manakala dalam acara 4 x 400m, pelajar ini memperolehi pingat gangsa. Oleh itu beliau akan mewakili kelantan dalam acara-acara yang melibatkan perolehan pingat emas peringkat MSSK. Tahniah diucapkan kepada adik Fahmi.
Mohd Shahrul b Che Adik (Tingkatan 3 Cemerlang). Pelajar ini telah berjaya memperolehi 1 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa. Emas diperolehi dalam acara 800m, perak pula dalam acara 1500m dan untuk gangsa melibatkan acara 4 x 400m.Adik Mohd Shahrul akan juga mewakili kelantan dalam MSSM di Selangor nanti dalam acara 800m. Syabas untuk anda.
Muhammad Azwa bin Mohamad (Tingkatan 5G) pula memperolehi pingat emas dalam acara lontar lembing. Secara langsung membolehkan beliau mewakili Kelantan dalam acara tersebut pada kejohanan MSSM nanti.
Manakala 3 orang pelajar kita yang turut serta dalam kejohanan MSSK yang lalu tetapi tidak bernasib baik untuk mendapatkan pingat emas adalah:
Mohd Hafiz Ibrahim ( 5 Gemilang) - hanya memperolehi pingat perak dalam acara Lompat Kijang.
Norhaziana Razaki ( 3 Bestari) - pingat gangsa dalam acara 3km jalan kaki
Roslinda Rasadi ( 4 Harmoni) - pingat gangsa dalam acara 5km jalan kaki.
SYABAS DAN TAHNIAH !! KEPADA SEMUA YANG TELAH BERJAYA MENGHARUMKAN NAMA BAIK SEKOLAH KHASNYA DAN KELANTAN AMNYA!!....
|
|
|
|
Bergambar beramai-ramai selepas menerima pingat kejohanan daripada Pengetua. Barisan belakang dari kiri: Fahmi, Hafiz, Roslinda, Azliana, Azwa dan Shahrul. Barisan Depan(kiri): Cikgu Rifqi, PKHEM, Pengetua dan PKP. |
Adik Mohd Fami Syazwan sedang menerima pingat, sijil dan hadiah wang tunai daripada pengetua dengan dibantu oleh Encik Zulkifli Bakar, Penolong Kanan Ko sekolah. Adik Fahmi akan mewakili Kelantan dalam acara 5000 dan 1500m jalan kaki. |
|
|
|
|
Giliran adik Mohd Shahrul Che Adik menerima pingat, sijil dan sedikit wang tunai daripada pengetua. Adik Mohd Shahrul akan mewakili Kelantan dalam kejohanan MSSM nanti dalam acara 800m(L) |
Kelihatan adik Muhammad Azwa bin Mohammad sedang menerima pingat, sijil dan sedikit wang tunai daripada pengetua. Adik Azwa akan mewakili Kelantan dalam acara lontar lembing. |
|
|
|
|
Kelihatan adik Mohd Hafiz Ibrahim turut menerima pingat Perak dalam acara lompat Kijang daripada pengetua. |
penerima pingat gangsa dalam acara 3km jalan kaki sedang menerima pingat kejohanan daripada pengetua |
|
|
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PELAJAR YANG BERJAYA DAN TAHNIAH JUGA KEPADA JURULATIH SEKOLAH, CIKGU AHMAD RIFQI ABDULLAH YANG TELAH BERJAYA MENDIDIK DAN MELATIH PELAJAR KE ARAH KEJAYAAN...DAN PKKO ENCIK ZULKIFLI BAKAR YANG TELAH MENGURUS DENGAN BAIK. |
|
Seterusnya, adik Roslinda Rasadi menerima pingat gangsa daripada Pengetua dalam acara 5km jalan kaki. |
|
LAIN-LAIN GAMBAR-Sila klik pada gambar
|
|
|
|
||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
UNIT-UNIT UTAMA |
|
|
KEMUDAHAN SEKOLAH |
|
|
SUDUT BULETIN |
|
|
© 2008 Copyright of Sekolah Menengah
Kebangsaan Kangkong. All Rights Reserved. Resolusi paparan terbaik untuk laman web kami adalah 1024 x 768. Emel kami untuk sebarang maklum balas. |
|
|
KOLEKSI UCAPAN PENGETUA |
|
|
>Pada Majlis Pelancaran Buku 3PK di Hotel Grand River View,Kota Bharu pada 21 Feb 2006 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
HALA TUJU SMK KANGKONG |
|
Laman Utama / Pengurusan / Landskap sekolah/Forum / Hubungi Kami