DIARI SMK KANGKONG TAHUN 2008

AKTIVITI BULAN JANUARI: antaranya ialah....

1.1 jan 2008 merupakan Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 sekolah bermula jam 8.30 pagi...


2.Pada 6 Jan 2008(Ahad) telah berlangsung Program "Datanglah Sayang" di Dewan Kencana Sekolah yang dikelolakan oleh Unit Hem Sekolah. Majlis ini diadakan khas untuk pelajar bermasalah pada sesi pengajian Tahun 2007. Majlis ini telah juga dihadiri YDP PIBG, Encik Aimi Jusoh. Butiran lanjut, sila tunggu......


3.Bermula 6 hingga 7 jan 2008, ujian tapisan untuk calon pelajar MPV Multimedia telah dan sedang diadakan oleh Guru Penyelaras MPV iaitu Encik Muhammad Hafiz b Hassan. Ujian tapisan ini dibuat untuk memilih hanya seramai 20 orang calon yang sesuai untuk ditempatkan dalam Tingkatan 4 Iltizam pada sesi 2008. Ujian diadakan di Pusat Akses Sekolah secara berperingkat.


4.Program Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 4 juga bermula pada 6-9 Jan 2008....


5.Program Orientasi Tingkatan 1 juga bermula pada minggu ini bermula 7 Jan 2008 dengan dikelolakan oleh Unit kaunseling sekolah, diketuai oleh Encik Nuralam Majid.Sila tunggu untuk butiran lanjut.


6.Program Majlis Adab Belajar 2008 akan berlangsung pada hari Sabtu (12 Jan 2008) di Dewan Kencana Sekolah bermula jam 8 hingga 12 tengahari


7.Mesyuarat Kurikulum Sekolah diadakan pada 13 jan 2008 di Bilik Pengurusan Akademik bermula jam 1.00 pm


8.Mesyuarat Agong Rumah sukan pada 14 Jan 2008 jam 1.00 tgh.


9.Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Pada 15 Jan 2008 jam 12.30 tgh


10.Mesyuarat Kelab/Persatuan diadakan pada 16 jan bermula jam 12.30 tgh.


AKTIVITI BULAN FEB. Antaranya ialah:-

 

22 Feb - Kolokium Pilihanraya Bersama dengan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan dan guru-guru ADUN CHETOK di Dewan Kencana SMKK bermula jam 3.00 ptg.


26 Feb - Majlis Persaraan, Pertukaran & Selamat Datang Warga SMK Kangkong pada jam 12.30 tgh di kantin sekolah. Semua warga staf dan guru smkk dijemput hadir.


 27Feb - Majlis Tadarus Al-Quran, Tahfiz dan Syarahan Agama Sekolah-sekolah Cawangan Rantau Panjang.


28 Feb - Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah untuk sesi 2008 akan diadakan. Sila rujuk AJK Pertandingan dan Peta Larian.


AKTIVITI BULAN MAC:

10 Mac 2008(Isnin) - Kursus Pembangunan Staf SMKK kali-1 bermula jam 8.00 pagi. Diresmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah PM/Tumpat, Tn.Hj Jaafar Ismail. Semua guru diwajibkan hadir.


11 Mac 2008 (Selasa) - Keputusan Peperiksaan STPM 2007  diumumkan.


12 Mac 2008 (Rabu) - Keputusan Peperiksaan SPM 2007 diumumkan.


13 Mac 2008(Khamis) - Peperiksaan PTK untuk guru gred DG29 dan DG41 diadakan.


17 Mac 2008(Isnin) - Mesyuarat AJK Induk Latihan Dalam Perkhidmatan kali pertama diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Wawasan bermula jam 2.00 petang dengan dipengerusikan oleh Tuan Pengetua.Anta agenda yang dibincangkan ialah perlantikan AJK dan Senarai tugas AJK, penetapan kursus dan hal-hal lain.


22-03 April 2008- Tuan Pengetua telah menghadiri "KURSUS KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL UNTUK PENGETUA" yang telah diadakan di Institut Aminudin Baki Cawangan Utara, Jitra, Kedah. Klik di sini untuk paparan sijil kehadiran kursus pengetua.


25-26 Mac -Berlangsung Kejohanan Bola Baling Peringkat Sekolah-Sekolah Cawangan Rantau Panjang di Padang Sekolah SMK Kangkong.


27 Mac 2008 - Sambutan Maulidul-Rasul Peringkat sekolah diadakan bermula jam 8.00 pagi.Antara acara yang terlibat adalah Acara Selawat beramai-ramai, Forum dan Kuiz. Semua acara adalah berlangsung di Dewan Kencana sekolah. Semua pelajar diwajibkan berada di sana sepanjang acara berlangsung.


28-29 Mac - Berlangsung Kem Ibadah untuk pelajar Tingkatan 2 yang terpilih dan diadakan di kawasan sekolah SMK kangkong.


AKTIVITI BULAN APRIL:

 

1 hingga 3 April - Empat orang pelajar sekolah kita sedang mengikuti kursus SLAD anjuran PPD Pasir Mas di Kem Sri Nipah, Bachok.


12 April - Kursus Perkembangan Staf kali ke-2 diadakan bermula jam 8.00 hingga 4.00 petang. Semua guru diwajibkan hadir.


14 April - Berlangsung sesi penyampaian pingat dan hadiah kepada semua pelajar kita yang telah berjaya dalam Kejohanan Sukan MSSM Kelantan yang telah diadakan pada 25 hingga 27 Mac 2008 di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu yang lalu. Majlis ini khas dibuat untuk pelajar-pelajar yang telah mendapat pingat emas, gangsa dan perak dan diadakan di Tapak perhimpunan sekolah.Butiran lanjut...


16 April - Mesyuarat JawatanKuasa Induk Perancangan Strategik kali ke-2 diadakan pada hari ini bertempat di Bilik MPV bermula jam 10.30 pagi. Perbincangan adalah berteraskan kepada isi kandungan Buku Perancangan Strategik. Semua guru yang berkenaan diwajibkan hadir.


17 April 2008 - Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pameran Perayaan Hari Guru ke-37 Tahun 2008 berlangsung pada jam 12.00 tgh bertempat di Bilik Wawasan sekolah. Antara agenda mesyuarat adalah Ucapan Pengerusi, isikandungan program dan hal-hal lain.


20 Aprl 2008 - Berlangsung majlis penyampaian watikah perlantikan pengawas smk kangkong sesi 2008 oleh Ketua Cawangan Khas Balai Polis Pasir Mas bermula jam 8.00 pagi.Ikuti ucapan Tuan Pengetua... dan gambar-gambar sekitar majlis..


22 April 2008 - Taklimat e-filing kepada semua guru dan staf oleh Cikgu We yang telah hadir di taklimat e-filing oleh pihak LHDN Kota Bharu. Taklimat ini diadakan pada jam 1.30 tgh di makmal komputer sekolah.


24 April 2008 - Majlis Perpisahan Guru-Guru Pelatih diadakan pada jam 12.00 tgh. Majlis ini diadakan khas ditujukan kepada 3 orang guru pelatih UPSI yang telah bertugas di SMK Kangkong bermula 13 jan hingga 24 April 2008. Butiran lanjut....


29-30 April 2008 - Seminar Menjawab Soalan SPM dan STPM diadakan selama 2 hari dengan dipenuhi slot ceramah daripada guru-guru pemeriksa kertas SPM dan STPM.


AKTIVITI BULAN MEI:

 

1- 3 Mei 2008 - Kelab Guru mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Nilai, Negeri Sembilan melibatkan semua warga guru dan staf .


6 Mei 2008 - Mesyuarat Agong Koperasi Sekolah SMK Kangkong bakal diadakan bertempat di Dewan Kencana sekolah bermula jam 8.00 pagi. Semua pelajar Tingkatan 3 hingga 5 diwajibkan berada di dewan mesyuarat untuk menyertai acara cabutan bertuah dan agihan dividen 2007.


11 Mei 2008 - Bermula peperiksaan pertengahan tahun melibatkan semua tingkatan. Para guru dan pelajar diminta bersedia dan mematuhi segala peraturan peperiksaan.


12 mei 2008 - Pendaftaran masuk Pelajar Tingkatan 6 Rendah sesi 2008 bermula hari ini. Pelajar berkenaan diminta hadir dan mendaftar diri anda di kaunter-kaunter yang disediakan.Butiran lanjut....


20-21 Mei 2008 -Kursus Koperasi diadakan untuk semua pelajar yang menjadi ahli koperasi sekolah. Kursus tersebut diadakan di Makmal Komputer Sekolah


22 Mei 2008 - Perayaan Hari Guru Peringkat SMK Kangkong. Dirayakan tanpa Tuan Pengetua dan PKP yang terlibat dengan mesyuarat Hari Guru Peringkat Negeri.


23-24 Mei 2008 -Semua AJK Perayaan hari Guru Peringkat Negeri daripada SMK Kangkong berada di tapak pameran di SM Teknik Pasir Mas membuat kerja-kerja pemasangan peralatan dan penyediaan tempat pameran yang diketuai oleh Tuan Pengetua sendiri. SMK kangkong telah diamanahkan oleh pihak JPN dalam menguruskan gerai pameran Hari Guru Peringkat negeri.


25 Mei 2008 - Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan Kali ke-37 berlangsung di SM Teknik Pasir Mas dengan majlis peresmian dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan bermula jam 11.00 pagi. BUTIRAN LANJUT..


15 Jun 2008 - Merupakan hari senam robik perdana sekolah. Semua guru dan pelajar diwajibkan melibatkan diri dalam acara ini.


19 Jun 2008 - Taklimat Opsyen Persaraan 58 tahun diadakan oleh Tuan Pengetua,pada jam 10.00 pagi di Makmal Komputer sekolah. Semua guru dan staf diwajibkan hadir.


26 Jun 2008 - Hari Koperasi Sekolah yang diresmikan oleh Wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia negeri Kelantan bermula jam 8.00 pagi di Dewan Kenchana Sekolah.


13 julai 2008 - Senam aerobik perdana SMK Kangkong berlangsung di Tapak Perhimpunan sekolah. Acara bermula pada jam 7.30 pagi melibatkan semua warga sekolah dengan dikendalikan oleh seorang jurulatih jemputan.

UNIT-UNIT UTAMA

>Unit Pengurusan Akademik

>Unit Hal-Ehwal Murid(HEM)

>Unit Ko-Kurikulum

>Unit Kaunseling Pelajar

KEMUDAHAN SEKOLAH

>Makmal Komputer

>Pusat Akses Sekolah

>Pusat Sumber Sekolah

>Koperasi Sekolah

SUDUT BULETIN

>Buletin Guru

>Buletin Pelajar


© 2008 Copyright of Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. All Rights Reserved.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KANGKONG 17000, PASIR MAS, KELANTAN
TEL: 09-7942330    FAX :09-7941149

Resolusi paparan terbaik untuk laman web kami adalah 1024 x 768. Emel kami untuk sebarang maklum balas.


>Buletin PMR

>Buletin SPM

>Buletin STPM

>Buletin PIBG

>Buletin Kelab Guru

KOLEKSI UCAPAN PENGETUA

>Pada Majlis Pelancaran Buku 3PK di Hotel Grand River View,Kota Bharu pada 21 Feb 2006

>Lain-lain ucapan...

 

 

 

 

>Profil Guru

>Profil Staf Sokongan

>Profil Pelajar 2008

>Profil Guru Pelatih 2008

HALA TUJU SMK KANGKONG

ANALISA KEPUTUSAN STPM 2007

ANALISA KEPUTUSAN SPM 2007

Laman Utama / Pengurusan / Landskap sekolah/Forum / Hubungi Kami