BERITA 2008:
1.Para pelajar diingatkan dengan Sistem Merit sekolah yang mula dilaksanakan pada tahun 2008 ini. Kesemua tindakan yang dibuat oleh pelajar bermula dengan kehadiran ke sekolah sehinggalah kepada penglibatan anda di dalam aktiviti ko-kurikulum akan menentukan markah anda dan seterusnya menentukan jenis catatan dalam Sijil Berhenti Sekolah samada "cemerlang" ataupun sebaliknya.
2.Para pelajar juga diingatkan supaya menjaga rekod kehadiran anda ke sekolah. mana-mana pelajar yang tidak hadir ke sekolah melebihi 3 hari berturut-turut, anda boleh dibuang sekolah selepas surat amaran ketiga dihantar. sayangilah masa depan anda. Tiada gunanya melepak di luar sedangkan di sekolah anda diberi peluang untuk mengubah masa depan anda.
3.Keputusan peperiksaan STPM 2007 akan diketahui pada 11 Mac 2008, manakala keputusan peperiksaan SPM 2007 bakal diketahui pada hari rabu 12 Mac 2008. Untuk analisa penuh keputusan sila layari web sekolah selepas tarikh tersebut.Untuk analisa penuh keputusan, sila KLIK DI SINI.
4.Para pelajar juga diingatkan perlu membawa surat sokongan guru yang mengajar atau pentadbir sekiranya anda mahu masuk ke Pusat Sumber atau ke Pusat Akses Sekolah ketika waktu persekolahan secara individu untuk mengelakkan tanggapan bahawa anda cuba ponteng kelas.
5.Kelas komputer telahpun berlangsung sejak awal bulan Mac yang lalu. Oleh itu kepada semua peserta, sila hadir setiap hari Jumaat, bermula jam 8 pagi dan tempat kelas diadakan telahpun dipindahkan dari makmal komputer ke Pusat Akses Sekolah. Memandangkan bilik tersebut kecil, maka kelas yang diadakan dipecahkan kepada empat sesi. Sesi pertama bermula jam 8.00 hingga 9.00 pagi, manakala sesi kedua bermula jam 9.00 hingga 10.00 pagi. Seterusnya untuk sesi ketiga dan keempat, masing-masing bermula jam 10.00 hingga 11.00 dan dari jam 11.00 hingga 12.00 tgh.
BERITA BERGAMBAR 2008:
1.Program membuat bubur asyura sekolah. Sejumlah 12 kawah bubur asyura telah dibuat hasil kerjasama guru dan murid. Sehari suntuk program ini telah berlangsung.Lihatlah aksi guru dan murid pada hari tersebut.
2.Larian merentas desa 2008. Lihatlah ragam peserta dan guru sepanjang pertandingan tersebut pada 28 Feb 2008 yang lalu.
3.Lihatlah aksi guru dan pelajar kita ketika berlangsungnya Pertandingan Tilawah, Syarahan dan Tadarus Al-quran di sekolah kita pada 27 Feb yang lalu.
4.Analisa keputusan SPM 2007, butiran lanjut...
5.Analisa keputusan STPM 2007, butiran lanjut...
BERMINAT DENGAN AL-QURAN?
Anda semua dipelawa untuk membaca kitab suci al-quran secara elektronik dengan melayari web. Bahkan anda juga boleh mendengar bacaan ayat suci al-quran untuk semua juz dengan dibaca oleh beberapa orang yang tersohor di dunia, siap dengan terjemahan termasuk dalam Bahasa Melayu..butiran lanjut...
Pada 14 April 2008 berlangsung majlis penganugerahan kepada pelajar cemerlang dalam kejohanan MSSK 2008. untuk butiran lanjut...
SENARAI NAMA PELAJAR MENGIKUT TINGKATAN (Sehingga 15 April 2008).
Senarai pelajar yang terkini mengiku tingkatan adalah seperti berikut dalam format PDF:
12 Mei 2008 - merupakan hari pendaftaran masuk pelajar Tingkatan 6 rendah sesi 2008. Pelajar-pelajar berkenaan diminta mendaftarkan diri di kaunter-kaunter yang disediakan. Butiran lanjut...
BERITA UMUM:
Sekolah kita mempunyai Pusat Akses Sekolah yang mempunyai kemudahan 10 unit komputer untuk mengakses internet jalur lebar secara percuma? Berkunjunglah ke bilik ini ketika berpeluang dalam mendapatkan banyak bahan pembelajaran daripada laman-laman web di internet.
Pihak sekolah juga sedang dalam memproses melengkapkan data maklumat pelajar HEM dan KO secara berkomputer. Semua pelajar dikehendaki prihatin dengan sebarang perubahan profil diri dan keluarga agar segala maklumat yang ada adalah sentiasa terkini. Ingat..markah Ko anda bergantung kepada laporan aktiviti ko anda dalam sistem data Ko sekolah. Sila berjumpa dengan guru data anda,
Cikgu Zulkifli b Hasan untuk sebarang masalah berkaitan dengan data diri anda.
JUGA ..anda boleh menggunakan komputer dan melayari internet secara percuma dengan mengunjungi makmal komputer sekolah. Namun begitu, penggunaan makmal komputer hendaklah dilakukan dengan keizinan guru mata pelajaran anda. Sila beri cadangan kepada guru subjek anda supaya mengadakan kelas dengan menggunakan makmal ini. Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan YM Raja Hashim b Raja Dollah, penyelia makmal komputer sekolah. Untuk paparan berita makmal komputer, SILA KLIK DI SINI.
Pelajar juga boleh menggunakan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah dalam mendapatkan bahan bacan dan sumber rujukan secara tradisional. KLIK DI SINI untuk mengenali PUSAT SUMBER SEKOLAH.
TAHUKAH ANDA SIAPAKAH PELAJAR CEMERLANG SEKOLAH KITA PADA TAHUN 2006? UNTUK MENGENALI SIAPA MEREKA, SILA KLIK DI SINI dan juga PELAJAR CEMERLANG 2007.
|
UNIT-UNIT UTAMA |
|
|
KEMUDAHAN SEKOLAH |
|
|
SUDUT BULETIN |
|
|
© 2008 Copyright of Sekolah Menengah
Kebangsaan Kangkong. All Rights Reserved. Resolusi paparan terbaik untuk laman web kami adalah 1024 x 768. Emel kami untuk sebarang maklum balas. |
|
|
KOLEKSI UCAPAN PENGETUA |
|
|
>Pada Majlis Pelancaran Buku 3PK di Hotel Grand River View,Kota Bharu pada 21 Feb 2006 |
|
|
|
|
|
|
|
|
HALA TUJU SMK KANGKONG |
|
Laman Utama / Pengurusan / Landskap sekolah/Forum / Hubungi Kami