|
|
|
Kaunselor En.Noralam Majid |
PENDAHULUAN:
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan menyambut cabaran wawasan 2020, dengan memperkembangkan sumber-sumber manusia secara optimum di peringkat sekolah lagi. Matlamat-matlamat ini boleh dicapai melalui perancangan program perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling yang sistematik dan berkualiti serta pelaksanaan program yang berkesan.
MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK KANGKONG:
Memberi khidmat kaunseling kepada setiap pelajar yang memerlukan bimbingan, panduan, pertolongan pada setiap masa.
Membantu dan membimbing pelajar menyelesaikan masalah peribadi, emosi, pelajaran, keluarga dan aspek-aspek lain.
Membantu dan membimbing pelajar dalam melahirkan pelajar yang rajin, bermotivasi dalam pelajaran dan berpengetahuan berkaitan dengan kerjaya.
Membimbing pelajar dalam usaha membina imej kendiri positif dan boleh menyesuaikan diri sebagai warga SMK Kangkong yang berdisiplin.
Membimbing pelajar dalam pengurusan dan kepimpinan melalui aspek-aspek berpersatuan, bersukan dan unit beruniform.
OBJEKTIF UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK KANGKONG:
Meningkatkan kecemerlangan pelajar SMKK dalam bidang akademik
Memberi pendedahan yang lengkap mengenai maklumat yang terkini berkaitan dengan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
Memberi kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan.
Meningkatkan daya dan kualiti kepimpinan pelajar.
LAIN-LAIN PERKARA:
VISI, MISI DAN FALSAFAH PERKHIDMATAN
AHLI JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUSELING SMK KANGKONG
JADUAL HARIAN KAUNSELOR 1 2008
JADUAL HARIAN KAUNSELOR 2 2008
TATACARA KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SENARAI UJIAN PSIKOMETRI DIPRAKTIKKAN DI SMK KANGKONG
RANCANGAN TAHUNAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2008
PELAN TINDAKAN UBK SMK KANGKONG 2008
RINGKASAN PROGRAM UBK SEPANJANG TAHUN 2008:
|
BIL |
AKTIVITI/PROGRAM |
TARIKH DICADANGKAN |
|
1 |
Motivasi Kecemerlangan Akademik & Kerjaya |
Sepanjang tahun |
|
2 |
Seminar Teknik Menjawab Soalan PMR,SPM dan STPM |
Mac,Jun & Ogos |
|
3 |
Seminar Motivasi Keibubapaan |
|
|
4 |
Seminar/Motivasi Persediaan Menghadapi peperiksaan |
September & Oktober |
|
5 |
Kem Kecemerlangan PMR, SPM & STPM |
Mac & April |
|
6 |
Lawatan Sambil Belajar |
Mac & Jun |
|
7 |
Kursus Asas PRS |
Mac |
|
8 |
Kursus Fasilitator |
Februari & Disember |
|
9 |
Kursus Pengurusan Organisasi |
Mei |
|
10 |
Kursus Kepimpinan Organisasi |
Disember |
|
11 |
Usrah Harian |
Sepanjang tahun |
|
12 |
Bengkel Pengurusan & Kepimpinan |
Bulanan |
|
13 |
Bengkel Bina Insan |
Dwibulanan |
|
14 |
Kelas Celik Komputer |
Mingguan |
|
15 |
Kursus Solat Tingkatan 1 |
Februari |
|
16 |
Kursus Ibadat Tingkatan 2 |
Februari & Jun |
|
17 |
Kem Jati Diri(Tingkatan 1 hingga 4) |
Ogos & September |
|
18 |
Seminar Pencegahan Dadah |
Mei & Julai |
|
19 |
Seminar Kesihatan/Pencegahan HIV/Aids |
April & Ogos |
|
20 |
Program Ziarah & Khidmat Masyarakat |
Dwibulanan |
Program yang telah dibuat:
28-29 Mac 2008 - Kem Ibadah Untuk Pelajar diadakan bertempat di sekolah SMK Kangkong khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 2.
|
|
Dalam Kenangan:- Encik Wan Rudzaimi, kaunselor sesi petang SMK Kangkong telah berpindah ke SM(A) Falahiah Kota Bharu bermula 1 jun 2008. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Bertugas di sekolah baru dan terima kasih diucapkan atas segala jasa yang telah ditaburkan dalam menjayakan semua program kaunseling sekolah ini.
|
|
UNIT-UNIT UTAMA |
|
|
KEMUDAHAN SEKOLAH |
|
|
SUDUT BULETIN |
|
|
© 2008 Copyright of Sekolah Menengah
Kebangsaan Kangkong. All Rights Reserved. Resolusi paparan terbaik untuk laman web kami adalah 1024 x 768. Emel kami untuk sebarang maklum balas. |
|
|
KOLEKSI UCAPAN PENGETUA |
|
|
>Pada Majlis Pelancaran Buku 3PK di Hotel Grand River View,Kota Bharu pada 21 Feb 2006 |
|
|
|
|
|
|
|
|
HALA TUJU SMK KANGKONG |
|
Laman Utama / Pengurusan / Landskap sekolah/Forum / Hubungi Kami