
Bermula sesi pengajian 2008, semua sekolah dimestikan mengadakan Kursus latihan dalam perkhidmatan(LDP) sekurang-kurangnya 7 kali setahun. Setiap kursus yang dihadiri oleh guru akan direkodkan ke dalam Data Emis oleh Guru Data untuk dijadikan salah satu penilaian penting dalam SKT guru.
Dalam menyahut seruan ini, sekolah SMK kangkong telahpun melaksanakan kursus LDP yang pertama pada 10 Mac 2008 di Makmal Komputer sekolah dengan diresmikan oleh Tuan Pegawai pelajaran Daerah Pasir Mas-Tumpat, Tuan Haji Jaafar Ismail bermula jam 8.00 pagi hingga 4 petang. Tuan Pengetua sendiri telah memulakan sesi ceramah kepada guru...butiran lanjut bahan kursus pengetua...
Berikut adalah paparan gambar-gambar semasa berlangsungnya kursus LDP kali pertama:
Manakala pada 17 Mac 2008, pengetua telah mengadakan mesyuarat AJK Induk LDP yang pertama dalam menentukan senarai AJK dan Senarai tugas dan penetapan kursus( tajuk dan tarikh). Pihak majlis mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan kursus LDP pada setiap bulan bermula bulan Mac.
Pada 12 April 2008(Sabtu), telah berlangsung LDP yang kedua dan diadakan bermula jam 8.30 pagi di Makmal Komputer sekolah. Ceramah kursus adalah dikendalikan oleh Encik Khabir ,seorang pensyarah Institut Perguruan Kota Bharu berkaitan dengan kemahiran dan teknik P & P Yang Berkesan.
Dalam kursus ini juga Tuan Pengetua telah turut memberi taklimat kepada semua guru berkaitan dengan beberapa perkara. Di antara perkara yang diutarakan adalah seperti berikut:
Hasil keputusan mesyuarat pentadbir sekolah pada 8 dan 9 April 2008
Jawatan Kuasa Ponteng Kelas, Solat dan Kelas Tambahan Sekolah 2008
Jadual Aktiviti Agama Waktu pagi pada hari isnin, selasa dan khamis
Tuan Pengetua juga ada memaklumkan bahawa Perhimpunan resmi sekolah hanya dibuat sekali sebulan. Pada hari Ahad yang lain, perhimpunan sekolah adalah berteraskan kepada sesi motivasi, agama dan kaunseling.
|
UNIT-UNIT UTAMA |
|
|
KEMUDAHAN SEKOLAH |
|
|
SUDUT BULETIN |
|
|
© 2008 Copyright of Sekolah Menengah
Kebangsaan Kangkong. All Rights Reserved. Resolusi paparan terbaik untuk laman web kami adalah 1024 x 768. Emel kami untuk sebarang maklum balas. |
|
|
KOLEKSI UCAPAN PENGETUA |
|
|
>Pada Majlis Pelancaran Buku 3PK di Hotel Grand River View,Kota Bharu pada 21 Feb 2006 |
|
|
|
|
|
|
|
|
HALA TUJU SMK KANGKONG |
|
Laman Utama / Pengurusan / Landskap sekolah/Forum / Hubungi Kami