Perayaan Hari Guru 2008 Peringkat SMK Kangkong diadakan 2 hari lebih awal daripada perayaan peringkat negeri. Perayaan peringkat negeri yang diadakan pada 25 Mei 2008 di SM Teknik Pasir Mas adalah juga melibatkan ramai guru termasuk pengetua SMK Kangkong selaku AJK Pameran Hari Guru Peringkat Negeri. Oleh itu, majlis perayaan Hari Guru sekolah telah diadakan tanpa kelibat kehadiran Tuan Pengetua dan PKP yang pada hari yang sama terpaksa hadir ke SM Teknik Pasir Mas untuk majis 'rehearsal' Hari Guru Peringkat Negeri.

 

Namun begitu, perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah berjalan lancar dan meriah walaupun dirayakan secara sederhana dan dikendalikan sepenuhnya oleh para pelajar dengan dengan diketuai oleh Persatuan Pelajar Tingkatan Enam (PERTINA) dibawah penyelarasan Cikgu Mohd Firdaus Ibrahim.

 

Lihatlah gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh webmaster pada hari tersebut. Perayaan dimulakan dengan para pelajar dan guru berkumpul di kantin sekolah. Kemudian, para guru diarak oleh pelajar ke Tapak Perhimpunan sekolah dengan perakan bunga manggar dan pulut kuning serta bena yang dibuat khas oleh pelajar mewakili kelas mereka.

 

Kemudian, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustadz Abdul Hadi, ucapan ketua pelajar dan ucapan oleh guru-guru yang ditugaskan membaca ucapan hari guru Menteri Pelajaran dan Pengarah Pelajaran Malaysia. Selepas itu, majlis diceriakan lagi dengan nyanyian lagu "Guru Malaysia" oleh para guru, bacaan sajak khas oleh Cikgu Azmi dan seorang pelajar. Majlis kemudian digempakkan lagi dengan nyanyian solo oleh bekas pelajar, lakonan sketsa oleh pelajar dan sesi pertandingan permainan antara guru dan pelajar. Majlis berakhir sekitar jam 1.30 tgh. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan Perayaan hari Guru sekolah.

UNIT-UNIT UTAMA

>Unit Pengurusan Akademik

>Unit Hal-Ehwal Murid(HEM)

>Unit Ko-Kurikulum

>Unit Kaunseling Pelajar

KEMUDAHAN SEKOLAH

>Makmal Komputer

>Pusat Akses Sekolah

>Pusat Sumber Sekolah

>Koperasi Sekolah

SUDUT BULETIN

>Buletin Guru

>Buletin Pelajar

>Buletin PMR

>Buletin SPM

>Buletin STPM

>Buletin PIBG

>Buletin Kelab Guru

KOLEKSI UCAPAN PENGETUA

>Pada Majlis Pelancaran Buku 3PK di Hotel Grand River View,Kota Bharu pada 21 Feb 2006

>Lain-lain ucapan...

 

 

 

 

>Profil Guru

>Profil Staf Sokongan

>Profil Pelajar 2008

>Profil Guru Pelatih 2008

HALA TUJU SMK KANGKONG

ANALISA KEPUTUSAN STPM 2007

ANALISA KEPUTUSAN SPM 2007

Laman Utama / Pengurusan / Landskap sekolah/Forum / Hubungi Kami


© 2008 Copyright of Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. All Rights Reserved.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KANGKONG 17000, PASIR MAS, KELANTAN
TEL: 09-7942330    FAX :09-7941149

Resolusi paparan terbaik untuk laman web kami adalah 1024 x 768. Emel kami untuk sebarang maklum balas.