
|
||
|
Kelihatan dalam gambar, Duli Yang Maha Mulia Tuanku sedang disambut dan dipersilakan oleh Pengetua SMK Kangkong untuk mencemar duli ke Gerai Pameran yang disediakan. |
Pada 25 Mei 2008, adalah merupakan hari yang bersejarah kepada SM Teknik Pasir Mas kerana telah menjadi tuan rumah Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan Kali ke-37 dengan kesudian DYMM Raja Perempuan Kelantan mencemar duli meresmikan perayaan tersebut.
Dengan diketuai oleh Pengetua sekolah, Pn.Hjh.Nik Hazimah bt W.Ab.Rahman, maka barisan warga kerja SMK Kangkong telah bertungkus-lumus siang dan malam dalam menyiapkan gerai pameran yang diadakan di garaj kereta sekolah SM Teknik sejak hari Jumaat hinggalah ke hari kemuncak perayaan.
Tahniah dan syabas kepada semua guru dan staf yang telah berjaya mengendalikan kerja-kerja yang diamanahkan oleh pihak jabatan. Pengetua SMK Kangkong, PKP dan PKKO serta Ketua Bidang Teknik 7 Vokasyenal, Pn Sarepah turut turun padang bersama-sama dengan guru-guru yang lain seperti, Cikgu Zulkifli Hasan, Cikgu Razali Mohamad, Cikgu Amran Che Pa, Ustazah Ruzaini, Pn Hamidah ,Cikgu Rohaya dan semua staf bukan mengajar Pn Rosilawati, Pn Monariza, Pn Maizan dan En.Asri Jusoh....Begitu juga dengan Tn Hj.kamal dan En.Azhar turut hadir membantu.
Tepat jam 11.00 pagi, sepertimana yang dijadualkan, Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan telah tiba mencemar duli ke SM Teknik dan seterusnya mengunjungi gerai pameran IPT, gerai pameran Sekolah Cemerlang, Gerai Pameran Sekolah Program Khas Integrasi dan akhir sekali ke gerai jualan batik dan kristal SMK Kangkong. Di sini, Baginda Tuanku telah sudi membeli 4 helai batik yang dijual oleh staf SMK Kangkong. Junjung Kasih Tuanku!.
|
|
|
Duli Yang Maha Mulia Tuanku di gerai Pameran IPT dengan diringi oleh Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan, Tn Hj.Mohd Nor Ismail. |
|
|
|
Duli Yang Maha Mulia Tuanku begitu sukacita dengan hasil rekacipta yang begitu seni dan kreatif daripada kanak-kanak istimewa dari Program Sekolah Khas Integrasi dengan diperhatikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan dan pegawai-pegawai JPN yang lain. |
|
|
|
Duli Yang Maha Mulia Tuanku di gerai jualan batik SMK Kangkong. Junjung Kasih Tuanku kerana telah sudi membeli 4 helai batik yang dijual oleh staf SMK Kangkong. |
|
|
|
Kelihatan Tuanku Raja Perempuan Kelantan sedang bersemayam di Dewan Utama SM Teknik, manakala Tuan Pengarah sedang menyembahkan ucapan dan kata-kata aluan kepada Tuanku. |
LAIN-LAIN GAMBAR LAWATAN TUANKU PADA HARI TERSEBUT:-
LAIN-LAIN BERITA BERKAITAN HARI TERSEBUT:-
© 2008 Copyright of Sekolah Menengah
Kebangsaan Kangkong. All Rights Reserved.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KANGKONG 17000, PASIR MAS, KELANTAN
TEL: 09-7942330 FAX :09-7941149
Resolusi paparan terbaik untuk laman web kami adalah 1024 x 768. Emel kami untuk sebarang maklum balas.