Pada 12 Mei 2008 yang lalu, telah berlangsung majlis pendaftaran masuk kumpulan pertama pelajar Tingkatan 6 Rendah sesi 2008. Menurut maklumat yang diterima daripada Guru Penyelaras Tingkatan 6 iaitu, Encik Mohd Firdaus Ibrahim, hanya seramai 106 pelajar telah hadir mendaftarkan diri pada hari tersebut , walaupun bilangan yang sepatutnya sekitar 160 orang.
Kurangnya bilangan yang hadir mendaftarkan diri mungkin disebabkan oleh ramai di kalangan pelajar ini masih mengharapkan akan mendapat tawaran universiti selepas membuat rayuan ataupun mereka memilih untuk bekerja atau masuk ke pusat-pusat latihan seperti MARA dan sebagainya.
Kebanyakan pelajar yang hadir pada hari tersebut juga, puratanya melangkah masuk ke sekolah dengan langkahan longlai dan kurang bersemangat. Apa tidaknya apabila mengenangkan ramai rakan-rakan yang lain yang telah berjaya masuk ke institusi pengajian yang lain.
Wahai para pelajar sekelian!!..percayalah dengan takdir nasib kita yang telahpun ditentukan oleh Allah (s.w.t). Walaupun kali ini kita gagal ke menara gading, namun peluang 2 tahun belajar sebagai calon STPM akan membuka satu lagi peluang untuk anda mencuba nasib, mengubah haluan kehidupan. Gagal kini, tidak semestinya gagal lagi di lain kali. Bahkan mungkin nasib anda selepas ini akan lebih baik daripada mereka yang dikatakan bernasib baik ketika ini. Allah Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.
Berikut adalah beberapa paparan aksi dan gelagat guru dan pelajar pada hari pendaftaran tersebut:-
Sebaik mendaftar, hari berikutnya bermulalah Minggu Orientasi Pelajar 6 Rendah yang diterajui oleh Kaunselor sekolah, Encik Nuralam Majid. Dengar cerita, acara yang dimuatkan penuh dengan motivasi dan maklumat. Pihak pentadbir sekolah mengucapkan "SELAMAT BELAJAR DAN SEMUGA ANDA SEMUA AKAN BERJAYA"....
|
UNIT-UNIT UTAMA |
|
|
KEMUDAHAN SEKOLAH |
|
|
SUDUT BULETIN |
|
|
© 2008 Copyright of Sekolah Menengah
Kebangsaan Kangkong. All Rights Reserved. Resolusi paparan terbaik untuk laman web kami adalah 1024 x 768. Emel kami untuk sebarang maklum balas. |
|
|
KOLEKSI UCAPAN PENGETUA |
|
|
>Pada Majlis Pelancaran Buku 3PK di Hotel Grand River View,Kota Bharu pada 21 Feb 2006 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
HALA TUJU SMK KANGKONG |
|
Laman Utama / Pengurusan / Landskap sekolah/Forum / Hubungi Kami