Sejarah

 

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1965 dengan nama asal Sekolah Menengah Rendah Kangkong.
Pengetua yang pertama ialah Tuan Hj. Wan Yusoff bin Wan Salleh. Pelajar-pelajarnya datang daripada
sekolah-sekolah rendah sekitar iaitu SK Kangkong, SK Kelar, SK Kubang Chenok, SK Cabang Tiga
Chetok dan SK Bendang Pauh. Oleh sebab tiada bangunan sendiri, mereka belajar pada sebelah
petang dengan menumpang di SK Kangkong. Pada tahun-tahun awal penubuhannya, kelas-kelas
dibuka untuk tingkatan 1 hingga 3 sahaja. Selepas tamat tingkatan 3, para pelajar disalurkan ke
Sekolah Menengah Tengku Panglima Raja dalam bidang sains dan sastera.
Pada tahun 1972, barulah Sekolah Menengah Kangkong mempunyai bangunannya sendiri iaitu
sebanyak 2 blok bangunan.
Pada tahun 1991, kelas tingkatan 4 sastera telah dibuka di sekolah ini. Pada tahun 1992, pelajarpelajar
ini telah mengambil peperiksaan SPM kali pertama di sekolah ini. Bagi pelajar aliran sains,
masih meneruskan pengajian mereka dalam tingkatan 4 di SMK Tengku Panglima Raja, Lemal. Pada
tahun 1993, barulah kelas aliran sains dibuka untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan peperiksaan SPM
aliran sains bermula pada tahun 1994.
Sejak sekian lama sekolah ini ditubuhkan, belum lagi mempunyai majalah sekolah untuk mengisi
karya dan laporan aktiviti-aktiviti para pelajar. Keadaan ini telah berubah pada tahun 2000 apabila
majalah sekolah diterbitkan dengan judul “Teraju”.
Perkembangan pendidikan di SMK Kangkong maju setapak lagi apabila kerajaan telah meluluskan
pembukaan kelas tingkatan 6 (pra universiti) pada tahun 2004. Pelajar sulungnya mengambil
peperiksaaan STPM pada tahun 2005.

About the Author